Monthly Archives: January 2018

Liga Radio Amatur Jepun iktiraf Pergerakan MARTS

Wartawan Sinar Harian
26 Januari 2018

CYBERJAYA – “Liga Radio Amatur Jepun (JARL) mengiktiraf Pertubuhan Pemancar Radio Amatur Malaysia (MARTS) sebagai wakil induk dan pertubuhan radio amatur paling lama di Malaysia.”

Demikian kata Presiden MARTS,  Ir Mohd Aris Bernawi dalam Mesyuarat Luar Biasa MARTS  atau juga dikenali Malaysia Amateur Radio Transmitters’ Society di Auditorium Akademi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Cyberjaya, baru-baru ini.

“MARTS tidak menerima sebarang bantuan tetap dari mana-mana pihak kecuali pendapatan melalui yuran keahlian.

“Setiap tahun MARTS telah membayar yuran kepada badan Kesatuan Radio Amatur Antarabangsa yang beribu pejabat di Jepun dan ini membuktikan bahawa sesiapa yang menjadi ahli MARTS adalah ahli yang berdaftar kepada badan dunia itu,” katanya.

Beliau berkata, semasa pelancaran Festival Radio Japan (Hamfest) yang lepas, beliau diberi penghormatan dan kepercayaan untuk memotong riben di pembukaan acara tersebut bersama-sama Presiden dan jawatankuasa JARL yang lain.

Pada tahun ini juga MARTS bercadang menghantar beberapa orang wakil ke Kejohanan Radio Amatur Mencari Arah (Amateur Radio Directional Finding Championship) Peringkat Dunia yang akan diadakan di Gangwan dan Geonggi, Seoul, Korea pada bulan September nanti.

Sumber : https://www.karangkraf.com/berita/liga-radio-amatur-jepun-iktiraf-pergerakan-marts-1.789867