World Amateur Radio Day

WORLD AMATEUR RADIO DAY.

Kepada semua radio amatur, baik baru atau yang senior, radio amatur akan lebih bermakna dan relevan dengan aktiviti bersepadu walaupun di tempat yang berlainan, di tepi pantai, di dalam belukar, diatas bangunan pencakar langit atau di tepi lapangan terbang dll. Bersepadu walaupun dilaksanakan oleh orang muda, atau oleh orang lama. Semangat radio amatur mesti dikekalkan, sentiasa mahu mencuba, sentiasa mahu menyelidik dan sentiasa mahu membangunkan, tanpa melanggar undang-undang Tapi belajar lah secara tersusun dan berguru tetap pasti di perlukan.



Bagi pehak MARTS satu demi satu aktiviti akan dijalankan untuk amatur radio, ahli dan bukan ahli MARTS, yang sudah berlesen atau yang masih SWL. GlobalSET (simulated emergency test) telah dijalankan pada 13hb April di empat stesen dari pelbagai lokasi pantai barat, selatan, pulau di pantai timur dan dari pusat koordinasi di Miri yang juga menjadi Centre of Activiti IARU Region 3. Satu lagi sessi GlobalSET akan dijalankan pada hari Sabtu 20hb April.

Radio Amatur Sedunia juga diceriakan dengan aktiviti DX dari Pantai Balok, Kuantan (9M4CPH) dan Segamat (9M4ITU - pinjam dari ITU Centre of Excellence for ICT, UUM). Mungkin ada lagi aktiviti lain sedang dijalankan di seluruh Malaysia, secara formal dan santai, oleh stesen MARTS, persatuan bersekutu atau kelab.

Kelas RAE juga akan dijalankan minggu ini untuk menghadapi RAE akan datang. Latihan Emcomm akan dijalankan di Sarawak bulan Jun, untuk memantapkan kesiap-siagaan anggota radio amatur dalam menghadapi bencana atau lain keperluan yang terdesak, sesuai dengan tema hari Radio Amatur Sedunia 2013 "radio amatur dua kurun dengan komunikasi untuk bencana".

Acara-acara lain akan di hebahkan dari masa kesemasa. Cadangan anda juga sangat di alu-alu kan.

Selamat menyambut Hari Radio Amatur Sedunia 2013, dimana juga anda berada, hari nya dan semangatnya."

 
73
IR MOHD ARIS BERNAWI
9M2IR